Siapa Naqikcookies?

NAQIK COOKIES telah ditubuhkan dengan rasminya pada 30 Ogos 2007. Perniagaan ini telah beroperasi di suatu tempat yang strategik di Batu 18 1/2, Lorong Kadhi Hj Mahadi, Jalan Air Limau, 78300 Masjid Tanah, Melaka dan mempunyai rangkaian pertamanya yang beralamat KIOSK Pejabat Caw. MPAG,78300 Masjid Tanah, Melaka.

Pihak syarikat berminat dengan perniagaan makanan sebagai satu perniagaan yang berdaya saing dan ianya telah mendapat sambutan hebat di kalangan penduduk sekitar dan luar negeri Melaka. Syarikat ini menjalankan perniagaan dengan membekal dan memasarkan pelbagai jenis kek, bahulu, talam, biskut dan kuih muih. Ia juga memberikan perkhidmatan menjual dan menghantar kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan sebagai cenderahati dan hamper  untuk majlis perkahwinan, kenduri, hari perayaan dan majlis-majlis tertentu.

Sebelum NAQIK COOKIES ditubuhkan, pemiliknya Nabihah Binti Karim telah mempunyai pengalaman dalam perniagaan selama 5 tahun melalui perniagaan makanan sejuk beku yang didaftarkan di atas nama NAQIK ENTERPRISE pada 11 September 2002 yang telah beroperasi di Masjid Tanah, Melaka. Melalui pengalaman perniagaan tersebut, telah mengorak langkah menubuhkan NAQIK COOKIES bagi menyahut seruan kerajaan ke arah memartabatkan usahawan bumiputera setanding dengan usahawan bukan bumiputera. Pihak syarikat mempelbagaikan jenis perniagaan melalui syarikat ini yang memberi pengkhususan kepada aspek pemakanan seperti kek, bahulu, talam dan biskut.

Side Tentang kami copy