Terima kasih kerana berminat untuk membuat tempahan. Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat tempahan secara online.
1. Pilih produk yang anda ingin tempah.
2. Buat pilihan kotak, corak dan juga perisa. Harga untuk satu unit akan dipaparkan setelah anda membuat pilihan.
3. Masukkan bilangan yang ingin anda tempah. Contoh 100 unit.
4. Tekan butang ‘Add to Cart’ untuk masukkan ke dalam senarai tempahan.
5. Pergi ke page ‘Tempahan’ atau tekan icon basket di sebelah kanan atas.
6. Anda boleh melihat jumlah harga dalam senarai tempahan. Anda boleh ubah bilangan / kuantiti jika perlu. Tekan butang ‘Update Cart’ jika anda ada mengubah kuantiti.
7. Jika sudah berpuas hati dengan harga tersebut, tekan butang ‘Proceed to Checkout’.
8. Di sini, anda dikehendaki untuk mengisi butiran anda seperti nama, alamat, no telefon, email dan tarikh majlis. Jika anda berada di sebelah utara, anda dikehendaki untuk memilih lokasi di Perak.
9. Setelah semua butiran telah diisi, anda perlu menekan butang ‘Place Order’ untuk menghantar tempahan kepada kami.
10. Setelah kami menerima tempahan, kami akan memproses tempahan anda. Kami akan hubungi no telefon anda untuk pengesahan lanjut.
Terima kasih kerana memilih NaqikCookies.